“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya-zuriat keturunan-lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang selalu meminta dengan menyebut-yebut namanya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.” (Surah an Nisa:1)

Ayat pertama dalam surah an Nisa menceritakan tentang kisah Adam a.s dan isterinya Hawa. Adam a.s diciptakan di Syurga atas sebuah tujuan iaitu sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Kenapa Adam a.s dimasukkan ke syurga terlebih dahulu sebelum diturunkan ke dunia?

Allah SWT memasukkan Adam as ke syurga bukan untuk bersenang lenang dan bersuka ria dengan keindahan di Syurga tetapi sebagai proses pembelajaran tentang manusia dan dunia kehidupan.

Allah menciptakan Hawa untuk tujuan yang sama dengan Adam a.s. iaitu sebagai seorang khalifah di muka bumi. Penciptaan Hawa bukan kerana Adam a.s berasa sunyi atau kesepian kerana di Syurga tiada isitilah sunyi dan Syurga tiada sedikit pun kelemahan untuk seorang hamba yang taat kepada Allah. Hawa adalah sebuah tanda ukur bahawa wanita juga mempunyai peranan yang sama penting seperti kaum lelaki. Ayat pertama surah an-Nisa jelas menunjukkan bahawa lelaki dan wanita mempunyai taraf yang sama.

Hamka menerangkan ayat ini dalam buku Buya Hamka Berbicara tentang Perempuan bahawasanya asal usul kejadian manusia itu adalah satu. Tafsir “dari satu” itu ada dua pendapat.

Pertama, tafsir yang biasa, bahawasanya pada mulanya Allah hanya menjadikan seorang sahaja, iaitu Adam. Kemudian daripada diri yang satu itulah diambilkan Allah buat menjadi isterinya, itulah Hawa. Dalam sebuah hadis (Mauquf Sahabi) daripada Ibnu Abbas diterangkan bahawa bahagian diri Adam yang dijadikan untuk tubuh isterinya Hawa itu ialah satu daripada tulang rusuknya.

Tetapi dalam tafsir yang lain dikatakan bahawa nafsin wahidatin, itu bukanlah semata-mata tubuh yang kasar melainkan pengertian biasa , iaitu diri. Diri manusia itu pada hakikatnya ialah satu kemudian dibahagi dua; satu bahagian laki-laki, satu bahagian perempuan. Laki-laki dan perempuan itu jenisnya tetap satu iaitu manusia.

“Oleh sebab asalnya satu, kemudian dibelah dua, terasalah bahawasanya yang satu tetap memerlukan yang lain. Hidup belumlah lengkap kalua keduanya belum dipertemukan kembali. ‘Belum disatukan’. Daripada diri yang satu dibahagi dua dan kemudian dipersatukan kembali itulah asal usul berkembang biaknya manusia. Ayat pertama surah an-Nisa ini diawalkan dengan anjuran kesedaran kepada diri, iaitu agar hidup iu didasarkan atas takwa kepada Allah SWT”

– HAMKA

Khalifah itu bermula dari rumah

Sebelum Adam a.s menjadi pemimpin kepada manusia di dunia, baginda harus memimpin bermula daripada rumah iaitu memimpin isterinya, Hawa. Isteri adalah cerminan suami dan juga madrasah kepada anak-anak. Perbuatan Hawa melambangkan didikan Adam a.s dan ini menunjukkan bahawa Hawa adalah seorang isteri yang taat hasil daripada didikan baginda. Itulah mengapa ada pepatah menyebutkan bahawasanya wanita itu ialah tiang negara. Kalau wanita itu baik, baiklah negara. Kalau wanita itu rosak, rosaklah negara.

“Wanita dipandang sebagai bahagian yang sama pentingnya dengan laki-laki dalam memikul tanggungjawab beragama, mengukuhkan akidah dan ibadat, sehingga timbullah harga diri yang setinggi-tingginya pada mereka, timbul ilham perjuangan”

HAMKA

Rujukan:

  1. In Their Tested Moments: Stories of strength, Mercy & Hope of People in the Quran
  2. Buya Hamka Berbicara tentang Perempuan

Disediakan oleh: A. Rafa

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.