Fenomena dalam dunia penggemar buku sememangnya sesuatu yang menakjubkan, ada sesetengah para penggemar buku yang sanggup berhempas pulas  mengikat perut demi memiliki buku-buku idaman hati. Aneh bukan? Tetapi begitulah hakikatnya, ramai yang menjadikan buku sebagai teman hidup yang paling dekat kerana buku memberikan satu bentuk terapi minda dan juga terapi hati bagi penggemarnya, tidak hairanlah sekiranya ada sesetengah orang yang lebih memilih membeli buku setiap bulan berbanding keperluan lain, seperti pakaian, kasut, beg tangan, make up ataupun keperluan lain. 

Bukan hanya buku-buku baru terbit yang menjadi rebutan, sebaliknya buku-buku lama dan terpakai juga mendapat sambutan, mungkin kerana harga yang lebih murah berbanding buku baru. Apapun minat membaca pasti mengantarkan seseorang itu untuk memenuhi keperluan bacaannya, baik dengan membeli atau dengan meminjam buku di perpustakaan.

Pendapat saya, pencinta buku  terbahagi kepada dua kelompok, satu kelompok adalah orang yang gemar membeli tetapi kurang membaca, atau mungkin seorang yang hanya gemar mencium bau buku dan melihat timbunan buku  yang tersusun indah di rak. Hakikatnya mereka ini hanya jatuh cinta pada keindahan luaran sahaja dan belum menyelami keindahan sebenar yang terkandung di dalam sebuah buku, yang mungkin ketika mereka menemukan buku yang tepat dan serasi dengan diri sendiri justru membuat mereka jatuh cinta  berkali-kali. 

Kelompok pertama ini, mungkin tidak mempunyai masalah kewangan sehingga menjadikan rutin membeli buku untuk koleksi sendiri. Kepuasan itu lebih kepada memiliki dan bukan membaca. 

Kelompok kedua pula, adalah orang yang gemar membaca dan terdapat sebilangan dari kelompok kedua ini yang selalu kekurangan dana untuk membeli buku-buku yang digemari. Namun, kerana minat membaca kelompok ini pastinya selalu mencari-cari cara untuk memiliki bahan bacaan walaupun dengan mengikat perut, menabung atau paling minimal membeli buku paling murah setiap bulan walaupun sebuah buku. Kerana golongan ini merasakan buku adalah keperluan asas dalam kehidupan mereka. 

Ramai yang berkata, pencinta buku adalah orang yang berada dari golongan yang mampu belaka, hakikatnya tidaklah begitu, kerana terdapat ramai sekali pencinta buku dari golongan yang tidak berkemampuan tetapi mereka ini bijak, dalam memenuhi keperluan mereka. Atau dalam kata lain, ada sahaja idea yang tercetus bagaimana cara untuk mendapatkan bahan bacaan. 

Sebenarnya, sekiranya dua golongan ini bertembung dan saling berkenalan pastinya masing-masing mampu memberi manfaat dengan kelebihan yang ada. 

Menjadi pembaca sekaligus mampu memiliki bahan bacaan itu satu perasaan yang sangat indah, tetapi mutakhir ini saya merasakan berkongsi nikmat adalah satu perasaan yang luar biasa. Kerana itu jika anda seorang pencinta buku  sejati, jangan ‘kunci’ koleksi buku-buku anda tanpa dijamah pembaca-pembaca baru. 

Memberi juga, satu cara ‘mengalu-alukan’ dan menarik minat pembaca baru. 

Disediakan oleh: Aishah Nerina

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.