Kehidupan di atas muka bumi ini ibarat sebuah roda. Adakalanya kita di bawah, lain hari kita berada di atas pula. Dugaan demi dugaan datang silih berganti. Tak selamanya kita akan merasa bahagia, ada suatu masa kita akan dirundung duka. 

Walaupun demikian, seorang Mukmin telah diajar oleh agama Islam ini agar sentiasa mengingati kembali tujuan asal ia diciptakan.  Apapun ujian yang melanda, ia selalu ada harapan iaitu dengan kembali kepada Allah. Setiap permasalahan sebesar manapun ia, selalu tersedia solusinya. Allah takkan memberi kita kesusahan melainkan pasti ada laluan lain untuk memperoleh kesenangan semula. 

Allah SWT berfirman:

“..kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan.” (Surah al Insyirah ayat 5-6)

Sehingga dua kali Allah memberitahu kepada kita bahawa sesukar manapun sesebuah situasi yang kita hadapi, pasti Allah telah sediakan jalan kemudahan. Semua terpulang kepada kita sama ada kita mahu berikhtiar mencari jalan keluarnya atau mahu duduk berpeluk tubuh sahaja tanpa melakukan apa-apa. 

Setelah kita berusaha sehabis daya tapi kenapa tiada hasil yang digarap? Boleh jadi kerana hubungan kita dengan Allah itu renggang dan mungkin juga kerana kita kurang beristighfar iaitu bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah. Apakah kaitan antara istighfar dan jalan keluar dari masalah? 

Al Imam Hasan al Basri rahimahullah telah menjelaskan perkara tersebut. Dalam sebuah kisah terdahulu, seorang lelaki datang berjumpa dengan Hasan al Basri, mengadu tentang tanahnya yang tidak subur. Lalu beliau menjawab, “Beristighfarlah!”

Datang pula seorang lelaki yang lain, mengadu pula tentang kemiskinan harta, tidak cukup dan apa adanya. Jawab Hasan al Basri, “Beristighfarlah”.

Datang lagi seorang yang lain, mengadu pula tidak direzekikan kepadanya seorang anak. Jawab Hasan al Basri, “Beristighfarlah!”

Datang pula selepas itu seorang yang lain, mengadu tentang kebunnya yang kekeringan. Jawapan beliau tetap sama iaitu, “Beristighfarlah!”

Lalu ditanya hasan al basri, mengapa semua jawapannya sama sahaja. Jawab beliau, 

“Ini bukan kata-kataku. Tetapi inilah yang disebutkan oleh Nabi Nuh ‘alaihissalam. Lalu beliau terus membacakan ayat 10-12 surah Nuh,

Terjemahan: 

“Mohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak. Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”

(Misykatul Mashobih)

Intihanya, jangan sesekali kita meremehkan kuasa istighfar. Sebenarnya tanpa disedari, setiap hari ada sahaja dosa yang tak disengajakan yang kita lakukan. Mungkin kita menganggap ia sebagai dosa kecil tapi jika dikumpulkan, akan menjadi segunung jua. Sebab itu betapa Maha Baiknya Allah menuntun kita dengan istighfar. Dimana ucapan ini sungguh ringan di mulut tapi besar impaknya terhadap kehidupan seharian kita. 

Dengan istighfar, kita temui jalan keluar. Dosa-dosa kecil kita terhapus, Allah gantikan dengan pahala kebaikan. 

Sekiranya kita belum dikurniakan zuriat walaupun telah berkali-kali ikhtiar pelbagai cara untuk hamil, maka beristighfarlah. Andai pekerjaan atau perniagaan kita selalu mengalami kemerosotan walhal kita telah berusaha membanting tulang empat kerat, banyakkanlah istighfar. Jika kehidupan kita dilanda masalah malahan semakin teruk hingga kita rasa sampai titik mahu berputus asa, istighfarlah sebanyak-banyaknya. 

Allah sendiri telah menjanjikan jika kita memohon ampun dengan seikhlas hati kepada-Nya, insyaAllah Dia sendiri akan menuntun kita ke lorong cahaya harapan. Boleh jadi dosa-dosa kita selama ini terlalu banyak dan gelap sehingga sukar untuk kita menemui sinar kebahagiaan yang disediakan oleh Allah.

Disediakan oleh: Shafiyyah

Leave your vote

-1 Points
Upvote Downvote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.