Dari Penjara Taliban Menuju Iman berkisar tentang seorang wartawan Inggeris yang bernama Yvonne Ridley. Buku ini adalah sebuah travelog iman ataupun inside story seorang wanita Kristian Protestan yang ditangkap dan dipenjarakan oleh Taliban selama 10 hari dalam rangka melaksanakan misi kewartawanan. Ketika itu beliau bertugas di akhbar Sunday Express. Misi beliau ialah untuk mendapatkan liputan tentang kehidupan kaum wanita di Afghanistan di bawah pemerintahan kerajaan Taliban.

 

 

 

 

 

Media Barat pada masa itu menggambarkan Taliban sebagai pengganas dan kerajaan Tirani. Taliban ialah sebuah gerakan Islam yang telah memerintah Afghanistan dari tahun 1996 sehingga tahun 2001. Dalam bahasa Pashto dan Arab, ‘Taliban’ bermaksud pelajar agama. Pemimpin tertinggi mereka ialah Mullah Mohammed Omar.

Yvonne Ridley memasuki Afghanistan secara haram menerusi sempadan Pakistan dengan menyamar sebagai seorang wanita tempatan. Beliau dibantu oleh beberapa penduduk tempatan dengan memakai pakaian wanita Afghanistan yang diberi nama Burka. Pakaian tersebut menutup seluruh tubuh Yvonne malah rambutnya juga diwarnakan hitam dalam rangka penyamaran tersebut. Semua dokumen pengenalan diri telah beliau tinggalkan di Pakistan.

Perjalanan Yvonne ke Afghanistan merupakan waktu tentera Amerika Syarikat dan sekutunya mula bersiap sedia untuk mengebom negara tersebut.  Amerika Syarikat menuduh Afghanistan melindungi dalang Tragedi 11 September iaitu Osama Ben Laden. Islamphobia juga mula tersebar ke seluruh dunia Barat hasil usaha giat media Barat yang memburukkan Islam. 

Penyamaran Yvonne akhirnya terdedah apabila  kamera yang dibawanya terjatuh ketika menunggang keldai semasa dalam perjalanan untuk memasuki Afghanistan. Akibatnya, beliau ditangkap dan ditahan di rumah tahanan Jalalabad selama 6 hari sebelum dipindahkan ke penjara di Kabul selama 4 hari. Beliau ditangkap pada 28 September 2001 dan dibebaskan pada 8 Oktober serta dilayan dengan baik sepanjang berada didalam tahanan. 

Sepanjang dalam tahanan, beliau disoal siasat oleh pihak Taliban kerana mengesyaki beliau ialah perisik Amerika Syarikat. Beliau mengalami tekanan dan  melakukan mogok lapar sebagai tanda protes. Setelah disahkan bahawa beliau bukan perisik Amerika Syarikat tetapi seorang wartawan, Yvonne telah dibebaskan dan dihantar pulang. 

Yvonne merupakan seorang pejuang feminisme. Setelah beliau membaca isi kandungan Al-Quran, beliau mula tertarik dengan Islam kerana tiada satu ayat pun didalamnya yang menunjukkan bahawa wanita sebagai kaum kelas kedua. Malah Islam meletakkan wanita setaraf dengan kaum lelaki. Beliau juga terkesan setelah membaca sebuah buku yang bertajuk ‘Milestone’ (Ma’alim fi Tariq\Petunjuk Sepanjang Jalan) karya Syed Qutb.

Beliau juga menulis buku yang bertajuk ‘In The Hands of the Taliban’ yang menceritakan detik-detik cemas semasa dalam tahanan serta sebuah novel fiksyen berjudul ‘Ticket to Paradise’ yang bercerita tentang tema yang sama.

Pada tahun 2003, beliau secara rasmi bergelar sebagai seorang Muslimah dan mula memainkan peranan penting dengan memberikan penerangan melalui tulisan dan media berkenaan salahfaham Barat terhadap Islam. Beliau lantang mengkritik pemimpin Barat yang giat melancarkan kempen perang dan keganasan terhadap negara Islam Beliau juga giat menyokong kempen yang berkaitan dengan bumi Palestin serta negara Islam.

 

Disediakan oleh:

Syamsul Bahari Bin Abd Manaff

Pencinta buku dan kopi.

 

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.