Li, bukan nama sebenar. Sudah sebulan, saya tidak bercakap dengan bonda saya. Puncanya, bonda tidak menyukai pekerjaan saya dalam industri perniagaan berasaskan perkuarian dan perlombongan. Menurut bonda, mengestrak, membina atau memproses hasil bumi itu bukan pekerjaan wanita tetapi pekerjaan lelaki. Lagi-lagi dikelilingi dengan kaum lelaki.

Katanya, industri itu hanya untuk lelaki! Tetapi, saya pula sangat meminati bidang ini. Saya lihat peluang ini sebagai peluang memajukan diri dan yang penting tidak makan gaji.

Saya telah hilang kata-kata dan perasaan yang teramat sedih. Tiada sepatah kata yang terluah atau jalan untuk berbaik dan memulakan perbualan seperti biasa dari saya. Saya masih tinggal bersama bonda tetapi kehidupan saya sehari-hari hanya terperuk dalam bilik menyelesaikan tugasan. Sesekali saya ke dapur atau ruang tamu untuk menyegarkan diri. 

Buat masa ini, saya hanya menyelesaikan tugasan di rumah sahaja. Di masa hadapan, saya diperlukan untuk melawat tapak dan para pekerja saya. Saya tidak tahu bagaimana reaksi bonda nanti.

Saya berserah sepenuhnya kepada Allah SWT. Saya pasti Allah ukir jalan ini untuk saya dan Allah akan ukir jalan penyelesaiaan untuk saya juga. Sungguh saya tidak mahu jadi anak yang derhaka!

Sehingga sekarang, saya tetap akan teruskan usaha saya dalam bidang ini. Saya tidak boleh undur atau berpatah balik. Saya harus teruskan! 

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.