Setiap orang pasti mempunyai pengalaman hidup merangkumi pelbagai momen-momen  seperti kisah sedih, terharu, menakjubkan, memalukan dan sebagainya. Ketika usia masih setahun  jagung dan masih mentah, kita masih tidak banyak pengalaman berbanding mereka yang sudah  menjejak usia dewasa.

Ketika usia yang masih muda, kita cenderung untuk membuat keputusan secara  membuta tuli tanpa memikirkan kesan sampingan daripada tindakan tersebut. Tetapi tanpa  keputusan yang membuta tuli tersebut, kita tidak akan belajar sesuatu daripada sebuah kesilapan.  Terkadang keputusan yang kita tersilap pilih ketika kita masih usia yang mentah itulah yang akan  mendewasakan kita di kemudian hari. Kita akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan pada  masa akan datang kerana di minda kita sudah tersimpan kesilapan lama yang tidak ingin kita ulanginya  lagi.  

Kadang-kadang pilihan kita itu mungkin salah pada ketika itu, tetapi mungkin sahaja hasil  daripada kesilapan kita membuat keputusan menjadi pemangkin untuk kita mendewasakan diri dan  meneruskan perjuangan menuju ke arah tujuan dan impian yang kita capai. Mungkin sahaja kejayaan  yang tidak kesampaian berpunca daripada kesilapan kita akan mendorong kita ke arah kejayaan dan  impian yang lain selagi mana kita tidak berputus asa dalam mencari erti sebuah perjuangan. 

Andai kita  tersilap memilih untuk tidak meneruskan pengajian, memilih untuk berhenti kerja kerana ingin memulakan bisnes yang tidak pasti hala tujunya atau tidak memilih untuk berkahwin dengan pilihan  hati kita, itu tidak mengapa, kerana perkara yang kita anggap baik untuk kita pada masa sekarang,  tidak semestinya baik untuk masa hadapan kita.  

Mungkin sahaja keputusan yang kita anggap salah pada ketika itu akan bertukar menjadi  sebuah hikmah yang kita tidak sedari pada kemudian hari. Pilihan yang kita buat itu yang akan menjadi  sebuah pengalaman yang berguna dalam hidup kita. Kita selalu dengar istilah orang tua lebih dahulu makan garam daripada kita. Kita selalu dinasihatkan untuk meminta pendapat orang yang lebih tua  daripada kita ketika membuat sebarang keputusan kerana mereka lebih berpengalaman daripada kita. 

Apabila kita dengar sahaja nasihat daripada mereka, kita begitu terpegun dengan nasihat yang diberi.  Mungkin sahaja mereka sudah melalui apa yang kita lalui dan tidak ingin kita berada di situasi yang  sama seperti yang dilalui oleh mereka pada suatu ketika dahulu. Kesilapan yang lepas boleh dipandang  sebagai ujian dan kesilapan yang dilakukan itu boleh juga dipandang sebagai sebuah pengalaman,  bergantung kepada cara kita memandangnya. 

Orang optimis melihat botol air yang berisi separuh, sebagai separuh penuh manakala orang pesimis, melihatnya sebagai separuh kosong. Orang optimis  mencari hikmah di sebalik kesilapan dan masalah yang dihadapi. Mereka tidak akan kecewa dengan  kesilapan yang dilakukan kerana ia akan bertukar menjadi sebuah pengalaman berguna untuk  menghadapi cabaran mendatang. Orang yang pesimis memandangkan kesilapan yang dilakukan  sebagai ujian dan sebuah kegagalan yang membantutkan perkembangan diri. Kesimpulannya, cukup  optimiskah kita atau masih pesimiskah kita?

Disediakan oleh: Nabilah Abd Rahman

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.