Artikel ini berkaitan permulaan saya mengenali idola saya iaitu Mohamad Quraish Shihab. Beliau seorang ulama yang juga  ahli tafsir moden dari Indonesia yang terkenal dengan karangan tafsir  beliau iaitu Tafsir Al Mishbah yang pernah menjadi bahan kajian terkenal oleh pengkaji ilmu tafsir Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).Selain dari seorang ulama, beliau juga terkenal dengan panggilan “Abi” atau “Pak Quraish” oleh masyarakat Indonesia. Beliau  juga seorang cendekiawan islam Indonesia yang menulis buku sehingga bukunya dijadikan sebagai sumber rujukan oleh para pelajar islam  baik luar dan dalam negara. Antara karya yang saya minat darinya adalah termasuklah buku Islam Yang Disalahpahami, Islam Yang Saya Anut, Islam Yang Saya Pahami, Jawabannya Adalah Cinta, Tafsir al Misbah dan lain-lain. Setakat ini, sebanyak 54 buah buku yang telah ditulis beliau sejak 1984 hingga 2018.

    Permulaan saya mengenali Abi Quraish adalah pada umur 16 tahun iaitu ketika berada di tingkatan 4. Pada mulanya saya meminati beliau ketika saya sedang melihat video ceramah beliau di YouTube dan saya  mula jatuh cinta kepadanya kerana dakwahnya yang sangat sederhana di samping gayanya yang berkonsepkan kedamaian dan tiada celaan. Saya tertarik hati mengikuti setiap pengajiannya khususnya dalam bidang tafsir Alquran. Beliau lahir pada 16 Februari 1944 di Rappang, Sulawesi Selatan. Beliau sangat minat dalam bidang tafsir Alquran kerana pertamanya beliau ingin mendalami ilmu Alquran. Selain itu, beliau banyak dipengaruhi oleh  ayahnya, Habib Abdurrahman Shihab Abi Quraish. Ayahnya seorang guru besar dalam bidang tafsir  dan juga sahabat seperjuangan  HAMKA dalam memperjuang tanah air Indonesia. Ayahnya seorang lulusan daripada Universiti Al Azhar,Mesir. Ketika umurnya baru 15 tahun ayahnya menyuruh beliau belajar tafsir di Mesir bersama adiknya yang juga mantan menteri luar Indonesia Dr.Alwi Shihab dan yang menarik sekali beliau berangkat menuntut ilmu di Mesir bersama sama dengan mantan presiden Indonesia ke 4 yang juga sahabat karib beliau iaitu Abdul Rahman Wahid atau Gus Dur. Di Mesir Abi Quraish tekun belajar sehingga beliau mendapat gelaran Profesor dalam bidang tafsir dengan predikat tertinggi kerana beliau sangat patuh pada pesan sang ayah iaitu “jangan pulang sebelum doktor”

Abi Quraish juga merupakan seorang ayah kepada lima orang anak. Yang menariknya salah satu anaknya, Najwa Shihab yang merupakan seorang jurnalistik dan pengacara terkenal di Indonesia. Najwa Shihab yang juga sangat terkenal di  Malaysia kerana beliau mengemudi sebuah rancangan televisyen iaitu MATA NAJWA yang sangat menginspirasikan. Najwa Shihab juga dikenali sebagai Duta Baca Indonesia.

  Sejarah kehidupan Abi Quraish Shihab juga banyak mempengaruhi saya untuk mencontohi beliau.Selain dari seorang Ahli Tafsir,beliau juga pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan Indonesia. Antaranya beliau dilantik menjadi Menteri Agama Indonesia semasa kabinet pembangunan 1998 era Presiden Soeharto. Beliau juga dipercayai oleh Presiden Indonesia ke-3 iaitu B.j. Habibie sebagai Duta Indonesia ke Mesir. Pada mulanya beliau enggan menjadi duta besar. Atas desakan Presiden Habibie melalui satu ungkapan,  “duta besar tidak semestinya boleh jadi guru besar, tetapi guru besar boleh jadi duta besar”. Ungkapan itu menguatkan lagi iltizam beliau untuk menjadi seorang duta besar di samping mempunyai  sahabat yang sentiasa membantu beliau. Beliau seorang juga sangat fasih berbahasa arab dalam dialek mesir. Abi Quraish juga seorang pendakwah yang menginspirasikan kerana setiap ayat yang keluar daripada mulutnya boleh mencairkan hati yang keras selain perwatakan beliau yang harmonis.

  Beliau kini sudah berusia hampir 75 Tahun. Saya mempunyai harapan yang sangat besar untuk mengikuti jejak langkah dan peribadi Abi Quraish.  Saya tertarik dengan pesan Abi Quraish Iaitu “bersahabatlah dengan Alquran, sahabat itu bersedia menceritakan rahsianya”. Oleh sebab itu muncul sifat inkuiri dan semangat dalam diri saya untuk belajar bidang tafsir dan menjadi seorang yang hebat seperti beliau. Pengalaman hidup Abi Quraish Shihab menjadikan saya seorang yang berani mengharungi cabaran masa depan terutama dalam perjuangan menuntut ilmu. 

 

Disediakan oleh,

Mohamad Dannyhariezal

Kluang, Johor.

 

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.