Pernahkah anda mendengar atau melihat demonstrasi keselamatan oleh kru kapal terbang sebelum berlepas? Antara yang dinyatakan adalah bagaimana anda perlu memakai topeng keselamatan untuk diri sendiri sebelum memakaikannya untuk orang di sebelah anda. Perumpamaan ini turut digunakan oleh Dayanand, ayah kepada Rasika terhadap bakal menantunya iaitu Bajrangi di dalam filem Bajrangi Bhaijaan. Bajrangi dinasihatkan untuk membantu diri sendiri sebelum dia membantu Munni.

Begitu juga dengan kebahagiaan. Sebelum kita hendak membahagiakan orang lain kita seharusnya membahagiakan diri sendiri. Kesilapan yang selalu dilakukan manusia ialah mengharapkan manusia lain untuk membahagiakan dirinya. Contohnya dalam hubungan suami isteri, kita selalu berharap agar pasangan yang dikahwini akan berusaha untuk membahagiakan kita. Malangnya apabila itu tidak berlaku, kita kecewa dan menyalahkan pasangan tersebut. 

Aktor terkenal Will Smith mengatakan bahawa memberi tanggungjawab terhadap orang lain untuk membahagiakan diri sendiri adalah satu sikap mementingkan diri. Seharusnya dalam sebuah perkahwinan itu, suami dan isteri yang bertanggungjawab terhadap kebahagiaan mereka sendiri.

Kebahagiaan bergantung pada diri sendiri dan kita tidak boleh mengharapkan orang lain atau sesuatu untuk membahagiakan diri kita. Kebahagiaan adalah melebihi segala perkara material yang kita miliki. Kebahagiaan juga tidak dapat dikecapi dengan mengharapkan pasangan mahupun orang lain. Kebahagiaan adalah bermula dari dalam diri kita sendiri.

Malangnya dengan keadaan dunia media sosial sekarang, pelbagai jenis kebahagiaan yang dikecapi oleh orang lain disajikan di hadapan mata kita setiap hari lebih-lebih lagi di media sosial. Kadangkala kita terlupa bahawa apa yang dikongsikan di media sosial adalah hantaran dengan ciri-ciri kesempurnaan yang terpilih. Tidak perlu melihat orang lain, diri sendiri mengambil masa untuk memastikan gambar telah diedit sempurna dan kapsyen yang ditulis menarik perhatian orang lain sebelum dikongsikan.

Social media pack illustration | Social media pack, Social media video,  Social media

Kita mempunyai tanggapan dan harapan bahawa apa yang dikongsikan oleh ‘influencers’ dan rakan-rakan media sosial itu turut berlaku kepada kita. Sebagai contoh jika dikongsikan petua kebahagiaan rumah tangga atau petua  membahagiakan pasangan, kita mula memasang angan-angan agar pasangan kita turut melakukan hal yang sama. Lebih malang lagi kita membandingkan pasangan kita dengan orang lain dan akhirnya hanya melihat banyak yang buruk daripada yang baik. Sesungguhnya setiap perhubungan itu unik dan menjadi tanggungjawab kita untuk mengindahkan dan membahagiakan ia mengikut acuan kita sendiri.

Bahagia itu subjektif, menghirup secawan kopi panas di dalam kafe yang dihias cantik, pergi ke salon untuk memanjakan diri mahupun berjalan-jalan di pantai atau menyapa orang yang tidak dikenali dengan senyuman juga sudah mampu membahagiakan, jika kita memilih untuk bahagia. 

‘You can’t pour from an empty cup’. Jika tangki emosi dan kebahagiaan anda kosong, anda tidak mampu untuk berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan anda dengan orang lain. Berbahagialah untuk membahagiakan!

Disediakan oleh: Syafi Wai

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.