Semasa aku menulis ini seperti biasa aku masih lagi cuba menyegarkan mata untuk menyiapkan kerjaku. Terluka itu perkara biasa tetapi memaafkan itu adalah satu perkara yang amat luar biasa. Sebenarnya, memaafkan adalah terapi kepada diri kita sendiri. 

Kemaafan dapat dibentuk melalui beberapa peringkat hal ini dijelaskan oleh Dr Ned Hallowell dalam bukunya “ Dare To Forgive menjelaskan bahawa fasa pertama untuk memaafkan seseorang ialah kita perlu menyedari perkara yang menyakitkan diri kita dan ambil masa untuk memahami emosi tersebut. Kedua ialah fasa kelegaan iaitu apabila kita memaafkan seseorang sebenarnya kita sendiri membebaskan diri dari rasa benci dan dendam. Dalam fasa ini kita perlulah bertanya adakah kita benar-benar ikhlas untuk memaafkan ataupun tidak. 

Menurut Dr Hallowel lagi, fasa ketiga dalam proses memaafkan itu kita perlu untuk mengawal kemarahan diri kita sendiri. Kemarahan yang akan membuatkan kita mengingati peristiwa yang telah berlaku. Seterusnya kita hendaklah berdoa supaya mudah untuk memaafkan. Fasa keempat, kita perlulah memikirkan masa depan dan kaitannya dengan orang-orang yang tersayang bagaimana hubungan kita dengan mereka. Fasa kelima kita perlu membayangkan kemarahan itu terlebih dahulu tetapi tidak perlu melakukannya dengan perbuatan. 

Forgive others not because they deserve forgiveness but you deserve peace.

(Jonathan Huie)

Kita perlu menyedari bahawa Allah swt pun  mengampunkan umatnya jadi kenapa kita sendiri tidak boleh memberi kemaafan. Seperti yang dinyatakan dalam surah As Syura ayat 40 yang bermaksud,

“Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi barangsiapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka pahalanya daripada Allah. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang zalim”

Jadilah individu yang mudah memaafkan agar jiwa kita sendiri tidak merasai derita dan sengsara . Kita harus menyedari bahawa manusia ini tidak pernah terlepas daripada berbuat kekhilafan. 

“Barangsiapa yang memaafkan saat dia mampu membalas maka Allah akan memberikannya maaf pada hari kesulitan.” (Riwayat Al Tabrani)

Sama-samalah kita menyemai sifat indahnya memaafkan dalam diri kita sendiri agar menemui bahagia yang hakiki. Indahnya sebuah kemaafan  apabila diri kita sendiri selalu memikirkan bagaimana untuk meraih pengampunan Ilahi.. Walaupun ada sahaja yang datang menguji diri, ketahuilah bahawa mereka juga adalah hamba Tuhan seperti kita  yang tidak sempurna. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Jika ada seseorang yang menghinamu dan mempermalukanmu dengan sesuatu yang ia ketahui ada padamu, maka janganlah engkau membalasnya dengan sesuatu yang engkau ketahui ada padanya. Akibat buruk biarlah ia yang menanggungnya.” ( Hadis riwayat Abu Daud)

“You make it so hard on others to gain your forgiveness, even though Allah makes it so easy on you to be forgiven”

Disediakan Oleh : Nur Izzati Hazwani

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.