Perkataan “Murtad” merujuk kepada orang yang telah keluar daripada agama Islam sama ada melalui perbuatan, perkataan atau melalui niatnya tanpa ragu. Fenomena murtad di Malaysia bukan lah suatu perkara baharu. Bahkan, suatu masa dahulu, isu murtad ini pernah menggemparkan seluruh Malaysia berkenaan kes-kes permohonan murtad dikalangan orang Islam berbangsa Melayu. Antara tokoh yang lantang bersuara tentang soal ini ialah alMarhum Tan Sri Harussani, Mufti Perak.

Namun isu murtad kini menjadi suatu perjuangan bagi gerakan Hak Asasi Manusia. Perjuangan ini seperti mahu menormalisasikan fenomena murtad diatas nama hak umum bagi seorang manusia. 

Walhal, perjuangan hak asasi manusia ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 (1) iaitu agama Islam merupakan agama persekutuan, tetapi agama-agama selain Islam boleh diamalkan dengan aman dan damai. Pengukuhan agama Islam sebagai agama persekutuan telah dikuatkan lagi pada Perkara 11 (4) yang menyatakan larangan sebaran agama selain Islam kepada orang Islam.

Perjuangan diatas nama hak asasi manusia sememangnya suatu usaha yang baik lagi suci. Dan hal itu sudah pun menjadi tuntutan di dalam Islam. Namun begitu, usaha perjuangan ini haruslah didasari oleh ajaran agama yang luhur, di samping menghormati perlembagaan negara-negara dunia. 

Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 telah membuka ruang dan dimensi yang luas dengan menggariskan 30 perkara yang dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Dalam 30 perkara yang digariskan, terdapat beberapa tuntutan kebebasan hidup beragama seperti pada perkara 16 dan 18. Tuntutan seperti berkahwin merentasi agama, hak lelaki dan wanita yang sama dan lain-lainnya.

Tuntutan diatas nama hak asasi manusia ini telah membuka ruang untuk memilih hidup beragama tanpa terikat dengan sebarang undang-undang yang dibuat. Hal ini akan mendorong orang beragama Islam tidak berasa bersalah dan berdosa sekiranya keluar daripada Islam kerana bagi mereka ini adalah hak asasi peribadi. Tanggapan ini adalah salah dan hal ini tidak boleh dipandang remeh. Sepertimana kita memandang berat timbulnya usaha untuk menormalisasikan budaya lucah dikalangan masyarakat, demikian juga kita harus memandang berat tentang isu murtad ini yang cuba dinormalisasikan diatas nama asasi manusia.

Dalam konteks agama Islam, tuntutan untuk kebebasan hidup beragama adalah bertentangan dengan prinsipnya. Hal ini jika dibiarkan, maka ini bermakna hak umat Islam telah dicabuli dan telah bercanggah dengan al Quran dan as Sunnah. Ada segelintir pihak mendakwa Islam telah menyanggah hak asasi manusia dengan menutup hak kebebasan individu. 

Sebaliknya, jika kita lihat semula Perisytiharan Hak Asasi Manusia 1948, dasarnya dibina diatas sebab menjaga kepentingan umum melebihi kepentingan individu. Ini kerana, kebanyakkan perkara yang dituntut oleh gerakan ini bertentangan dengan undang-undang negara lain. Jadi, apakah gunanya undang-undang di sesebuah negara jika perlu tunduk kepada kehendak dan tuntutan melampau ini.

Dalam perundangan Islam, murtad dikategorikan sebagai suatu kesalahan jenayah. Oleh demikian, murtad tidak boleh disenaraikan di bawah hak asasi manusia. Murtad yang dikategorikan sebagai jenayah adalah bertujuan untuk menjaga kesucian agama Islam. Ia bukan lah suatu agama “keluar masuk” sesuka hati. Ia juga bukan agama untuk tujuan berkahwin memuaskan kehendak diri sahaja. Malah Islam adalah agama yang menuntut tanggungjawab dan peranannya sebagai orang Islam. Kerana itu, Islam terbina diatas rukun Islamnya dan rukun iman.

Apa yang perlu kita fahami di sini ialah, tidak timbul isu pelanggaran hak asasi manusia sekiranya hukuman Islam dikenakan. Hal ini kerana hukuman akan dijatuhkan hanyalah kepada orang yang mengisytiharkan kemurtadannya di khalayak umum. Dalam kitab Hurriyah al Insan fi Zill’ Ubudiyyah Li Allah, karangan alMarhum Prof Dr. Said Ramadan al Buti, beliau menyatakan seandainya kemurtadannya didiamkan atau tidak didedahkan kepada umum, maka hukuman di dunia tidak boleh dikenakan kerana kaedah umum yang diamalkan oleh pemerintah Islam ialah bertindak berdasarkan pandangan zahir, manakala urusan batin diserahkan kepada Allah SWT.

Apabila kemurtadan seseorang diumumkan kepada khalayak ramai, ia merupakan serangan berbentuk pemikiran kepada Islam itu sendiri. Akibat kekacauan dan ketidak fahaman tentang Islam sebenar, maka murtad merupakan pilihan bagi mereka yang gagal memahami ini. 

Tindakan mengisytiharkan murtad di khalayak ramai juga boleh mengundang perasaan keraguan dalam hati orang ramai yang masih menganut Islam. Hal ini menyebabkan murtad bukan lagi isu tentang hak peribadi tetapi ianya menjurus kepada serangan terhadap dasar-dasar agama Islam yang telah mereka tidak memahaminya.

Oleh itu, untuk kita mengatakan murtad adalah sebuah pilihan yang sesuai dengan haknya sebagai seorang manusiawi harus dilihat dan diukur diatas neraca agama itu sendiri. Bukan sekadar melaungkan slogan hak asasi manusia bahkan mesti juga menghormati hak yang lain yang memilih untuk hidup beragama tanpa diskriminasi oleh mana-mana perundangan.

Sedarlah bahawa gerakan mencabuli kehormatan dan kesucian agama Islam akan terus – menerus menyerang dengan menunggang nama hak asasi manusia. Islam, adalah suatu cara hidup yang mengiktiraf kepelbagaian dalam kehidupan. Dalam masa sama, Islam tidak mengiktiraf kebenaran semua agama melainkan yang benar adalah Islam semata-mata. Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua.

Disediakan oleh,

Faidhi Azis

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.