Apa yang kita faham tentang membaca buku? Atau pernahkah terlintas dalam benak kita tentang bagaimana sesuatu pembacaan itu mampu mengubah sifat negatif dalam diri pembaca?

Ada suara-suara sinis yang selalu berkata  tentang orang-orang yang gemar membaca, entahlah, mungkin sekadar pandangan mereka atau sengaja mencipta ruang untuk  mempersoalkan dengan membandingkan sifat orang yang gemar membaca dengan yang tidak gemar membaca.

Perbandingan yang tidak perlu dibahas sebenarnya, kerana ianya seolah-olah satu cara menilai peribadi seseorang hanya berdasarkan luaran sahaja.

Mungkin pernah kita dengar kata-kata memperlekehkan, menilai sekilas pandang seperti, 

“Apa guna kamu membaca kalau akhlak tidak juga berubah” 

“Apa fungsi membaca buku kalau suka merendahkan dan menghina orang lain”

Benar, tidak ada yang salah dengan kenyataan berikut. Tetapi dari sudut pandangan yang berbeza mungkin boleh kita perhatikan dengan lebih jauh. Semisalnya tentang ilmu pengetahuan, apakah sama orang yang hanya sekadar mendengar atau orang yang meneliti sesuatu dengan membaca lebih terperinci? Sudah pasti tidak bukan. 

Dari segi ilmiah sudah tentu ada kelebihan kepada orang yang rajin membaca dan menelaah. Seperti yang terkandung dalam firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 9.

“Apakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui?”.

Jika aktiviti membaca hanyalah dikaitkan dengan akhlak semata-mata maka pendapat ini perlu kita perhalusi kerana setiap manusia tidak sempurna sifatnya. Seperti juga mereka yang tidak gemar membaca, ramai yang suka mencarut, berbohong, pentingkan diri dan sebagainya.

Pernahkah kita mempersoalkan tindakan tersebut dan mengaitkan dengan aktiviti yang sering dilakukan? Sudah tentu tidak bukan?

Di satu sisi, kelebihan orang yang gemar membaca yakni yang menjadikan bahan bacaannya sebagai satu motivasi memperbaiki diri, mereka ini adalah pembaca yang memilih dengan sangat berhati-hati tentang bahan bacaan, kerana bimbang fikiran dipengaruhi perkara-perkara yang tidak benar sumbernya dan merosakkan.

Kita tidak boleh memukul sama rata sifat seorang pembaca hanya kerana perilaku sebahagian pembaca yang bermasalah akhlak dan peribadinya. 

Setiap orang berbeza, ada yang mudah berubah dan ada yang sukar berubah, dan tidaklah hanya kerana dia seorang penggemar buku dan suka membaca maka  sifatnya sempurna tidak pernah salah dalam memberikan pandangan. Pemikiran cetek sebegini perlu dibuang jauh-jauh. Kerana ianya menghambat diri dari mendekati buku dan aktiviti membaca, kerana bimbang penilaian orang ketika melakukan kesalahan. Walhal sebagai manusia biasa kita tidak lepas dari kesilapan. Namun bukan bermakna kita tidak dapat memperbaiki kelemahan diri.

Pembacaan tidak banyak mempengaruhi sifat seseorang, melainkan ianya benar-benar diaplikasikan dalam kehidupan harian. Sebagai contoh mudah berkenaan amanah dan tanggungjawab. Tidak semua orang yang amanah itu adalah  orang yang suka membaca, tetapi seorang pembaca itu dituntut untuk bersikap amanah dan bertanggungjawab dalam apapun pekerjaan yang diberikan. Inilah nilai yang dapat disedut melalui pembacaan jika benar-benar diaplikasikan dalam kehidupan. 

Dipengaruhi dan dituntut untuk berlaku baik dan memperbaiki diri, pilihan yang tidak dipaksakan kepada setiap pembaca, namun berutunglah mereka yang menjadikan membaca sebagai satu dorongan untuk menjadi manusia yang lebih baik. 

Bukankah setiap manusia mempunyai pilihan demikian? Jika kita mampu memilih untuk berperilaku baik mengapa perlu memilih sebaliknya?

Membacalah, sekurang-kurangnya kita menjadikannya sebagai satu usaha  dalam rangka ketaatan kepada-Nya. Kerana Tuhan memerintahkan membaca sebagai pemula dari ketidaktahuan kepada menuju kebenaran. Sekiranya kita benar-benar pencari kebenaran dan keadilan dalam kehidupan maka seharusnya kita menjadi seorang pembaca yang setia.

Penulis: Aishah Nerina


Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.