Telefon masih lagi di tangan, badan masih dalam rebahan, jiwa bermalas-malasan, Al Quran  ditenung lama tanpa ada tindakan. Hingga akhirnya, diri sendiri terus-menerus menjadi kaum  rebahan sehingga tidak ada satu pun ayat hafalan yang dimulakan. 

Begitulah setiap hari jika diri sudah sebati dengan sifat yang suka bertangguh.  Bagaimana mimpi mahu terwujud jika kita masih tenggelam dalam sifat-sifat menghambat  impian? Kita tidak akan dapat mencapai impian kita jika masih berada di titik yang sama. Jika  kita mahukan perubahan, maka perubahan perlulah segera dilakukan. Lakukan, bukan sekadar  mahukan. Semua orang boleh mengungkapkan perkataan ‘mahu’. Namun, yang  membezakan kita dengan yang lain adalah apabila diri sendiri gagahkan jua untuk bertindak. 

Islam sendiri tidak suka umatnya larut dalam sikap suka bertangguh. Sikap mazmumah  ini sebenarnya boleh mendatangkan pelbagai kesan yang buruk terhadap perilaku diri sendiri,  yang mana berpotensi untuk menjadi tabiat yang buruk. Jika sudah menjadi tabiat, maka sikap  itu akan menjadi susah untuk dibuang daripada jati diri kita sendiri.  

“Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan.”(Al Baqarah:148) 

Islam menuntut umatnya agar bersegera melakukan kebaikan. Apa sahaja perkara-perkara  kebaikan yang perlu dilakukan, maka, haruslah kita menyegerakannya sepantas mungkin. Jika  kita mula berlambat-lambat dan bermalas-malasan, maka, ditakuti syaitan dahulu yang akan  mengambil peluang untuk berbisik-bisik supaya kita terus-menerus membuang masa. 

“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit.  Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (zmiskinå). Masa lapang sebelum tiba masa  sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa  mati.” (HR al-Hakim dan al-Baihaqi) 

Kita tidak tahu bila masanya kita akan jatuh sakit, bila masanya Allah SWT  menyempitkan rezeki, dan kita juga tidak tahu bila kematian datang menyapa. Oleh itu,  gunakanlah masa dan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya. 

Allah SWT sangat suka jika hambaNya melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya.  Apabila kita bersungguh melakukan sesuatu, maka syaitan tidak akan ada peluang untuk  mempengaruhi kita untuk mengerjakan perkara yang Allah SWT tidak reda. 

Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai seseorang  jika apabila kamu melakukan sesuatu tugasan, maka kamu akan melakukannya dengan  itqan.” (HR at-Tabrani) 

Bukankah apabila tiba masanya untuk menjawab peperiksaan akhir tahun di sekolah,  kita semua akan buat dengan bersungguh-sungguh di dalam dewan peperiksaan? Kita akan  diam dan tunduk dengan khusyuknya memandang perkataan-perkataan yang ada di atas  lembaran kertas itu. Kerana apa? Kerana di dalam dewan peperiksaan, kita sedang diawasi oleh  guru dan ustaz untuk tidak meniru dan berbincang-bincang. 

Sama jugalah situasinya ketika kita berada di dunia. Di dunia ini kita sedang diuji untuk  mengetahui siapakah yang paling baik amalannya. Sebagaimana yang telah direkod di dalam al Quran:

Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang  lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun. (Al Mulk:2) 

Tuntasnya, bagaimana kita mahu mewujudkan sikap menghargai masa dan melawan  sikap suka bertangguh? Caranya adalah merasakan bahawa diri kita sedang diawasi. Siapakah  yang mengawasi kita itu? Sudah tentulah Tuhan kita, Allah Azzawajalla yang maha teliti  dalam mengawasi para hamba-Nya. 

“Kemudian dia bertanya lagi: ‘Maka sekarang khabarkanlah kepadaku tentang ihsan.  Rasulullah SAW menjawab: ‘Ihsan ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah  engkau melihat-Nya, tetapi jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Dia  melihat engkau.” (HR Muslim).

Disediakan oleh: Karang Fulanah

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.