‎أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain daripada ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan. (Ali-Imran, Ayat 83)

Kita sangat meyakini bahawa agama yang kita peroleh pada harini adalah agama yang paling benar. Tidak ada cacat celanya dan pastinya diredhai Allah bagi siapa yang benar-benar beriman dengan agama Islam ini. 

Perlu juga untuk kita semua berpegang bahawa agama dan fahaman selain Islam adalah sesat dan sia-sia. Bahkan ia hanyalah sebuah kerosakan juga asbab kerugian buat mereka di hari pembalasan kelak.

Kita sebagai orang yang beriman wajib menjadikan Islam sebagai cara hidup kerana hanya dengan agama Islamlah kita terselamat daripada segala kerosakan. Kta perlu berpegang teguh dan sedaya upaya untuk tidak mengambil apa-apa penyelesaian selain daripada agama Islam yang mulia ini.

Firman Allah SWT:

‎خُذُواْ مَآ ءَاتَيۡنَٰكُم بِقُوَّةٖ وَٱذۡكُرُواْ مَا فِيهِ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

“Terimalah dengan bersungguh-sungguh (Kitab Taurat) yang telah Kami berikan kepada kamu dan ingatlah (amalkanlah) apa yang terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa” (Surah Al-A’raf, Ayat 171)

Realiti umat Islam masa kini, pegangan dan prinsipnya terhadap Islam telah longgar. Sebahagian daripada mereka sudah tidak berasa bangga serta izzah dengan nikmat yang agung ini. Sebahagian muslim sudah tidak lagi mengamalkan Islam sebagai cara hidup dan telah hilang akhlak dalam diri mereka kerana terlalu banyak memikirkan habuan dunia yang sementara. Ada sebahagian daripada mereka ini merasakan agama Islam itu kolot dan tidak relevan.

Sia-sia bagi mereka yang melakukan segala amalan kebaikan tanpa berlandaskan Islam bahkan mereka telah diberikan amaran azab. Firman Allah SWT membuktikan:

وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَعۡمَٰلُهُمۡ كَسَرَابِۭ بِقِيعَةٖ يَحۡسَبُهُ ٱلظَّمۡـَٔانُ مَآءً حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَهُۥ لَمۡ يَجِدۡهُ شَيۡـٔٗا وَوَجَدَ ٱللَّهَ عِندَهُۥ فَوَفَّىٰهُ حِسَابَهُۥۗ وَٱللَّهُ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ

Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya. (Surah An-Nur, Ayat 39)

Waspadalah bagi sesiapa yang menyimpang daripada ajaran Islam, sedarlah bahawa dia telah menempah satu azab dan juga satu penganiayaan buat mereka sendiri. Firman Allah SWT:

‎إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَظۡلِمُ ٱلنَّاسَ شَيۡـٔٗا وَلَٰكِنَّ ٱلنَّاسَ أَنفُسَهُمۡ يَظۡلِمُونَ

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri. (Surah Yunus, Ayat 44)

Sesungguh, hanya agama Islam yang mampu menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. Agama Islam adalah agama yang benar dan tinggi daripada segala fahaman yang ada di dunia ini. Nabi Muhammad SAW bersabda:

‎َاْلإِسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى.

“Islam itu tinggi dan tidak ada yang dapat mengalahkan ketinggiannya.” (Hadis Riwayat Daruqutni dan Al-baihaqi)

Oleh itu, yakin dan beramal dengan Islam secara benar. Pelbagai kisah umat yang diazab kerana berpaling daripada kebenaran dan tidak berada di landasan Islam yang betul. Teruskan beramal dan berdoa agar kita semua kekal dalam agama Islam dan beramal dengannya bersungguh-sungguh.

Disediakan oleh,

Anwar Shahir

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.