Dalam musim pandemik covid 19 ini, aku terfikir ;

‘Adakah virus ini sebenarnya tidak suka manusia bersosialisasi antara satu sama lain?’. Adakah virus ini mahu manusia mempelajari cara untuk hidup tanpa teman tanpa saudara?

Seperti aku yang bersifat “Alma Vieja” yang bermaksud Old School. Walaupun aku masih muda tetapi pemikiran dan personaliti aku bersifat Alma Vieja. Aku gemar mendengar lagu-lagu lama seperti lagu Hattan, Rendang Tak Berbuah ataupun lagu Rapper Waris Gadis Jolobu yang mengangkat tradisi sebagai wadah perjuangan.

Adakalanya buat aku berfikir,

Adakah kedatangan wabak Covid 19 ini adalah petanda akhir zaman yang telah dinyatakan?

Ketika masyarakat dunia hari ini sedang sibuk mencari vaksin, aku sedang sibuk menyoal diriku sendiri. Adakah aku sempat memohon keampunan Tuhan? Dalam masa yang sama aku sendiri masih sibuk mencari manusia lain dan masih dahagakan puji daripada manusia lain.

Di saat kita sedang menjulang teknologi sebagai wadah penyelesaian, sedarkah kita bahawa ramai manusia yang mengalami depresi dan tekanan akibat kehilangan mata pencarian yang mendorong kepada masalah rumah tangga.

Hubungan manusia pada masa kini dibina berasaskan kepada konotasi waktu dan wang. Menurutku yang berfikiran “Alma Vieja” ini masih lagi berpegang kepada prinsip lama. Aku tahu media sosial adalah punca manusia memiliki penyakit hati. Biarlah aku meminggirkan trend and troll yang menjadi nuansa warga maya. Bagi diriku, cukuplah waktu pandemik covid- 19 ini untuk aku merenung kembali diri aku .

Renungkan kata-kata ini.


“ The reasons old souls enjoys spending times alone is because they never really are.”


“Old souls you tend to be a solitary loner”


Aku ialah seorang yang solitary loner dan aku lemas dalam lambakan manusia. Memahami manusia disekelilingku mempunyai algoritme fikir dan tanggapan yang berbeza. Pandemik Covid 19 mengajar aku sebagai hamba perlu bergantung dan meraih cinta kepada Tuhan bukan sibuk meraih cinta manusia. Biarlah mereka tidak memahami cara aku, yang penting aku bahagia dengan cara aku sendiri

“Etenderme a mi mismo”

Nukilan,

Nur Izzati Hazwani

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.