in

Allah SWT Mengangkat Martabat Wanita di dalam Surah an-Nisa

Dalam isu berkaitan wanita adalah fitnah bukanlah bermaksud wanita itu bersifat negatif. Bahkan menurut pandangan syarak, Islam sangat memuliakan dan meninggikan darjat dan kedudukan wanita itu sendiri. 

Terdapat banyak kelebihan wanita yang disebutkan dalam Al-Quran dan hadis,  terutamanya dalam surah An-Nisa’ itu sendiri banyak menceritakan tentang martabat  wanita Islam. Al-Quran memberi penekanan yang mendalam  berkaitan martabat wanita.

Allah S.W.T telah mengajar kepada umat Islam bahawa  kaum wanita ini bukanlah kaum untuk ditindas bahkan lagi untuk dijaga dan  ditinggikan kedudukan. 

Martabat adalah sebuah kedudukan pada pandangan masyarakat yang merupakan  pangkat yang dianugerahi oleh seseorang kepada seseorang yang lain. Merujuk kamus  dewan, perkataan wanita bermaksud sesuatu ungkapan yang bersifat halus yang  membawa kepada erti perempuan iaitu lawan kepada lelaki.

Selain itu, dalam Bahasa  Arab terdapat beberapa kata-kata yang bererti wanita itu seperti “al-untha, “al-nisa’” dan “al-mar’ah”. Namun begitu, menurut kamus al-munjid, “al-untha” adalah sebahagian daripada kata  tunggal yang bermaksud lawan kepada lelaki. Pada awalnya perkataan “al-untha” merupakan sebahagian daripada kata kerja “anutha” yang bermaksud tidak keras dan  juga tidak lembut.

Oleh itu, apabila perkataan “al-untha” digunakan untuk memberi maksud kepada wanita yang dilihat berdasarkan  kehalusan dan kelembutan seseorang wanita tersebut. Ini membuktikan perbezaan sifat wanita  dengan sifat lelaki yang mempunyai sifat yang kasar. 

Selain itu, dalam Bahasa Arab, perkataan “al-mar’ah” juga membawa maksud  wanita dan menurut kamus al-munjid bermaksud enak. Oleh sebab itu, perkataan “al mar’ah” itu digunakan untuk membawa maksud wanita sebagaimana maksud  enak sama erti dengan sifat-sifat seseorang wanita sama ada enak dari segi percakapan dan  bentuk tubuh.

Seterusnya, perkataan ‘an-nisa’ juga  digunakan sebagai maksud wanita yang terdapat didalam sebuah kamus Bahasa  Arab. Menurut surah An-Nisa’ ayat 19, wanita ini tidak boleh dipaksa dan disusahkan. 

Dalam kitab Ibn Katsir telah menyebutkan bahawa Allah melarang sama sekali suami mempunyai sikap suka menyusahkan hingga isterinya meninggal dunia atau isteri mengembalikan maharnya (baru dibebaskan). Dengan adanya  larangan seperti itu, maka muncul sebuah cahaya yang menerangi kegelapan wanita  ketika itu. 

Seterusnya, firman Allah di dalam surah An-Nisa’ ayat 7 telah menyatakan bahawa  wanita berhak untuk memiliki harta warisan. Pada ayat 176 dalam surah An-Nisa’ juga  telah dinyatakan bahawa seorang lelaki mempunyai bahagian di dalam harta pusaka  yang ditinggalkan ibu bapa dan kaum kerabatnya. Malah begitu juga dengan wanita  turut layak mendapat harta pusaka daripada ibu bapa dan kaum kerabatnya.

Hal ini kerana masyarakat Arab tidak pernah memberikan harta mereka kepada wanita pada zaman dahulu. Setelah kemunculan Islam, martabat wanita telah diangkat dan dihormati. Pemberian harta hendaklah dilakukan dengan cara faraid mengikut ketetapan  yang Allah telah tetapkan. 

Selain itu, Allah juga telah berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 4, bahawa wanita  berhak keatas maharnya. Pihak lelaki wajib memberikan mahar kepada wanita ketika hendak berkahwin. Mahar ini merupakan pemberian kasih sayang daripada pihak lelaki  kepada isterinya dengan penuh kerelaan.

Oleh yang demikian, mahar isteri tidak boleh  diminta kembali sepertimana firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 20 hingga 21.  Tetapi, jika pihak isteri ingin memberikan semula mahar itu maka itu adalah hak  isteri kerana isteri boleh melakukan itu dengan sesuka hatinya, dan bukan dengan  keterpaksaan. 

Di samping itu juga, perempuan mempunyai hak untuk dipelihara berdasarkan  firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 3. Ayat tersebut membawa kahwini seorang wanita yatim jika suami mampu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami. Tetapi jika mereka (lelaki) tidak mampu berlaku  adil terhadap wanita yatim maka usah mengahwininya.

Wanita berhak atas perlakuan adil lahiriah. Firman Allah swt di dalam surah An-Nisa ayat 3 yang bermaksud  apabila seseorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita, maka  hendaklah ia menyediakan nafkah yang secukup dan seadilnya seperti tempat tinggal, makan minum dan pakaian kepada isteri dan  keluarganya. 

Akhir sekali, firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 19 juga ada menyebutkan  bahawa wanita berhak untuk mendapat perlakuan yang baik dari suami.

“Sebaik-baik kalian  adalah yang paling baik terhadap keluarga (isteri) nya. Dan aku adalah orang yang  paling baik di antara kalian terhadap keluarga (isteri) ku”. 

Tafsir Al-Qur’anil Azhim, 2/173,

Islam telah mengangkat martabat wanita dengan memberi ruang dan peluang untuk aktif dalam sesuatu bidang seiring dengan  kaum lelaki. Pelbagai kisah di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang martabat dan  keistimewaan kaum wanita untuk memastikan kedudukan kaum wanita ini dijaga sama ada dalam bentuk fizikal dan mental.

Sesungguhnya Islam sangat menjaga keistimewaan dan martabat wanita yang  telah diciptakan oleh Allah SWT malah Islam amat menggalakkan seseorang  itu mengahwini seorang wanita itu apabila telah mencukupi syarat-syaratnya dan  berkemampuan tanpa mengira kedudukan seseorang wanita supaya kedudukan wanita  itu terbela.

Sebuah keluarga haruslah terbina dengan mengikuti landasan  syariat yang digariskan dalam Islam supaya memperolehi rahmat dan  keberkatan daripada Allah SWT. Sabda Rasululullah SAW yang bermaksud; 

“Seseorang wanita dinikahi kerana empat perkara kerana hartanya, keturunannya,  kecantikan dan agamanya, oleh itu pilihlah yang beragama nescaya kamu akan  beruntung”.

Disediakan oleh,

Nur Athirah Bt Ismail

Pahit Itu Bermakna, Manis Itu Berbahaya

Toleransi Beragama Perlu Berpada-pada