Latar Belakang Al Farabi

Pada masa kini, kita pasti pernah terdengar teori-teori politik berkisarkan tentang pembangunan negara dan masyarakat yang datang dari pemikir barat. Namun, teori pembentukan sesebuah negara juga pernah ditemukan oleh seorang ahli falsafah ulung dalam dunia Islam iaitu Al Farabi.

Al Farabi atau nama penuhnya Abu Nasr Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Awzalagh bin Tarkhan Al Farabi dilahirkan pada tahun 874M bersamaan 259H. Beliau dilahirkan di sebuah tempat yang bernama Wasij di Negeri Farab, Khazakhstan. Bapa Al Farabi dikatakan berasal dan berbangsa Parsi, manakala ibunya pula berbangsa Turkiye. Beliau hidup pada zaman kemunduran kerajaan Abbasiyyah.

Perjalanan Keilmuan Al Farabi.

Sejak dari Kecil lagi Al Farabi telah menghafaz Al Quran. Beliau turut mempelajari ilmu agama di Masjid Iqlim di Farab. Beliau menuntut ilmu disitu dalam pelbagai bidang seperti ilmu hadis, tafsir Al Quran, dan fiqh. Al Farabi turut mempelajari ilmu matematik di Kuttab, di samping itu beliau turut menekuni ilmu Bahasa Arab dari segi pembacaan dan penulisan.

Kesungguhan dan semangat Al Farabi sangat tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau bukan sahaja mempelajari ilmu fiqh, malah menekuni ilmu fiqh mazhab Imam Syafie sehingga mencapai tahap qadhi serta menjadi alim dalam ilmu tersebut. Selain itu, Al Farabi juga mampu bertutur di dalam pelbagai bahasa. Antaranya ialah bahasa Arab yang merupakan bahasa utama ilmu pada ketika itu, bahasa Parsi yang merupakan bahasa bapanya serta Bahasa Turkiye yang merupakan Bahasa ibundanya.

Di Samping itu, Al Farabi turut menekuni ilmu-ilmu lain yang pelbagai. Beliau telah berpindah ke Baghdad untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Di sana beliau telah bertemu dengan Abu Bisrh Matta bin Yunus Al-Qunnā’ī, seorang ahli falsafah Kristian berbangsa Syria. Dengan Abu Bishr ini, Al Farabi telah mempelajari mantiq dan falsafah Yunani. Beliau telah menekuni ilmu falsafah sehingga menjadi pakar di dalam falsafah sehingga di gelar Al Mu’alim At thani yang bermaksud guru kedua. Gelaran ini diberikan kepada beliau kerana penguasaan Al Farabi yang amat tinggi dalam mantiq serta falsafah Aristotle yang turut digelar Al Mu’alim Al awwal atau guru pertama.

Al Farabi merupakan individu terawal daripada kalangan cendikiawan Islam yang membawa serta menyebarkan ajaran falsafah Plato dan Aristotle ke dalam dunia Islam. Jasanya telah membawa kepada penguasaan yang luar biasa oleh umat islam dalam falsafah Plato dan Aristotle seperti yang ditunjukkan oleh ahli falsafah selepas Al Farabi, antaranya ialah Ibnu sina dan Ibnu Rushd.(Clifford Sawhney,  2004)

Al Farabi turut mempelajari dan menekuni ilmu Bahasa Arab dengan Ibnu Al Siraj sebagai gurunya. Beliau juga turu menguasai ilmu muzik, Bahasa, perubatan serta matematik.

Karya-karya Al Farabi.

Al Farabi telah menulis pelbagai karya-karya ilmu pengetahuan. Menurut Dr Shehata Hafiz Muhammad Ridhwan El Sheikh di dalam buku “ Al Falsafah Al Islamiyah: Baiyna Al Ibda’ Wa Al Itiba’ “ karya-karya penulisan Al Farabi mencecah bilangan 128 buah buku dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Namun, sayangnya buku-buku karangan Al Farabi yang sampai pada kita pada hari ini hanya lah sekitar 40 buah buku sahaja. 30 buah daripadanya merupakan karya berbahasa Arab, 6 buah buku yang telah diterjemahkan ke Bahasa Hebrew serta dua buah lagi yang sampai pada kita merupakan terjemahan karya Al Farabi di dalam Bahasa Latin.

Antara contoh karya-karya Al Farabi ialah :

  • Bidang Ilmu Mantiq :
    • Al-Tawti’ah Fi Al Mantiq
    • Al Burhan
    • Al Sharaith Al Yaqin
    • Shrah Al Maqulat li Arustu
    • Al Ibarah Wa At-tahlilat
  • Bahagian Syair dan Pidato :
    • Sharah Al kitobah li Arustu
    • Sharah Al syi’r
  • Bahagian Epistemologi :
    • Mausu’ah Ihsa’ Al ‘ulum
    • Maratib Al ‘ulum
  • Bahagian Metafizik dan falsafah :
    • Maqalah fi Aghradh Ma Ba’da Al Tobi ’ah
    • Risalah Fi Tahqiq Gharadh Arustu Tolis fi Kitab Ma Ba’da Al Tobi ’ah
  • Bahagian Fizik : Usul Ilmu Al Tobi ’ah
  • Bahagian Muzik : Kitab Al Musiqi Al Kabir
  • Bahagian akhlak dan falsafah politik :
    • Ara’ Ahl Al Madinah Al Fadhilah
    • As siyasah Al Madinah
    • Sharah Al Akhlak Ila Naiqumakhus li Arustu
    • Kitab Nawamis li Aflatun.

Perginya Ahli Falsafah Ulung Dunia Islam

Al Farabi dikatakan tidak pernah berkahwin sepanjang hidupnya. Kesemua masa hidup beliau dicurahkan untuk mencari khazanah ilmu semata-mata. Beliau telah meninggal dunia pada ketika umur nya menjangkau 80 tahun pada bulan Rejab 339H bersamaan 950M. Jasad beliau telah disemadikan di Damsyiq.

Pengulas,

Ahmad Muaz


Rujukan :

Dr Shehata Muhammad Ridhwan El Shiekh, Al Falsafah Al Islamiyah: Baiyna Al Ibda’ Wa Al Itiba’, Univerisiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah, Malaysia, 2019.

Clifford Sawhney ,The World’s Greatest Seers & Philosophers Plus the Philospohy of Bhagavad Gita revealed by Bhagwan Krishna, Pustak Mahal, Delhi, India, 2004.

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.