Kalian pasti pernah mengalami suatu keadaan apabila kita nak buat benda baik dengan mengharapkan ia berterusan yakni istiqamah dalam melakukan kebaikan tersebut tetapi banyak pula halangan yang datang menimpa. Saat kita cuba meninggalkan kemungkaran seperti berikhtilat, tidak menunaikan solat, mencuri, memfitnah, mengumpat, menipu dan banyak lagi, saat itu juga mindset kita pasti akan ada ‘tapi’, ‘tapi’ dan ‘tapi’…

 Contoh: 

“Aku dah tak nak chat dengan lelaki dah dalam whatsapp terutama hal yang tidak penting, sebab aku nak sangat jaga ikhtilat tapi aku tak mampu”. 

Lihatlah perkataan ‘tapi’ tetap akan muncul di minda kerana anda telah tanam dalam fikiran anda dengan perkataan tersebut. Ketahuilah bahawa halangan minda merupakan halangan yang terbesar untuk berubah. Setiap tindakan kita ditafsirkan daripada akal kita, sebab itu sebelum melakukan sesuatu perkara, kita perlu fikirkan dengan sebaik yang mungkin.

Oleh itu, jika kalian benar-benar ingin berubah maka ubahlah dahulu ‘mindset’ kalian, ubah menjadi ‘positive thinking’ kerana itu merupakan langkah pertama yang harus dilakukan bagi memudahkan perjalanan seterusnya.

Sebagai contoh, “Aku nak jaga solat lima waktu, mungkin ia sukar buat diriku namun aku akan cuba sedaya upaya sebab kini aku sudah sedar bahawa meninggalkan solat lima waktu itu berdosa, jadi aku tak nak masuk neraka.”

Isu seterusnya yang kebiasaan didengari ialah tentang move on dalam percintaan. Seringkali kita dengar orang yang putus cinta ataupun break up selalu mengatakan bahawa mereka susah nak move on sebab tak boleh nak lupakan kenangan tentang si dia.

Hal ini membuatkan saya terasa sedikit geli hati sebenarnya. Apa yang mereka alami itu hanyalah sementara. Erti cinta yang sesungguhnya ialah cinta kerana Ilahi dan cinta setelah meletakkan Allah SWT dan Rasulullah SAW terlebih dahulu dalam hati. Jadi yang selebihnya itu hanyalah cinta yang tidak mempunyai apa-apa erti pun andai tidak diniatkan lillahi taala (kerana Allah Taala). Oleh sebab itu, hubungan tersebut tidak akan berkekalan dan hanya menjadi cinta monyet semata-mata. 

Kita ketepikan dahulu soal itu, isi utama saya di sini adalah apabila sudah terjebak dalam  percintaan kemudiannya mengalami saat-saat break up lalu sukar untuk move on terutamanya bagi para remaja di luar sana yang masih bergelar pelajar sekolah. 

Ini coretan khas buat kalian

Apabila kalian ditinggalkan mahupun disakiti maka ketahuilah bahawa itu tanda kasih sayang Allah terhadap kalian dan Allah tidak mahu kalian terus berada dalam kancah kemaksiatan. Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita ini sebagai pengajaran agar kita mengambil manfaat daripadanya. Kita akan lebih mudah move on seandainya kita lebih pentingkan Dia berbanding si dia.

Kata Imam As-Syafie rahimahullahu taala :

“Ketika hatimu terlalu berharap pada seseorang, maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan agar kamu tahu bahawa Allah sangat mencemburui orang yang berharap kepada selain-Nya, Allah menghalang daripada perkara tersebut semata-mata agar dia kembali berharap kepada Allah SWT”.

Percayalah pada ketentuan Ilahi, pasti Dia akan hadirkan seseorang yang lebih baik buat kita. Jadi, tak perlu lagi ada tapi lagi untuk move on, teruskan sahaja niat yang baik itu, semoga Tuhan memberkati kamu dan mempermudahkan urusanmu itu. Ya, saya akui move on itu sangat sukar namun kita kena yakin dengan diri kita bahawa kita layak untuk mendapatkan kebahagiaan yang jauh lebih baik. 

Sebenarnya, move on bukan sahaja terhad dalam isu percintaan semata-mata. Kadang-kadang berlaku apabila kita baharu sahaja menempuhi suatu detik yang amat sukar dalam hidup kita. Boleh jadi perkara itu adalah kematian mahupun kehilangan orang yang tersayang. Boleh jadi juga kita mengalami kegagalan dalam apa jua peperiksaan. Pastinya ia sangat memeritkan. Namun, yakin dan percayalah bahawa setiap kedukaan yang kita alami itu akan menjadikan kita sebagai orang yang jauh lebih tabah dan sabar di kemudian hari.

Ya, move on lah.

Semoga dengan segala kepahitan yang pernah kita lalui itu akan semakin mematangkan kita. Seandainya kita benar-benar mahu berubah dan terus move on maka Allah taala pasti akan permudahkan segalanya, insya-Allah. 

Bergantung kepada diri sendiri  sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran iaitu :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” (al-Ra’d 13:11)

Oleh sebab itu, kita yang perlu bertindak terlebih dahulu untuk mengubah nasib kita kemudian barulah Allah akan bantu kita. Allah bukannya mahu menyusahkan kita tetapi Allah mahu lihat sejauh mana usaha dan pengorbanan kita untuk capai kehendak kita tersebut. 

Saya pernah baca dalam sebuah buku yang mengatakan apabila kita nak move on kita kena tutup dahulu pintu dibelakang kita supaya kita dapat buka pintu yang berada di hadapan.

Pada pandangan saya, sama sahaja dalam apa jua situasi sukar yang pernah ataupun sedang kita hadapi, kita seharusnya move on dari perkara lepas yang menyakitkan diri kita sendiri. Untuk mulakan lembaran baru kita terlebih dahulu perlu menutup lembaran lama. Tutup buku lama dan buka buku baharu. 

Disediakan oleh:

N. Nur Nasuha.

Penulis berasal dari Kelantan, Malaysia yang merupakan seorang pelajar pra-universiti dalam bidang Sains Sosial (Kesusasteraan Melayu Komunikatif). Beliau juga merupakan salah seorang penyumbang penulisan artikel dakwah untuk YouM (satu laman web Singapura) dalam Bahasa Inggeris. Aktif berkongsi tentang agama Islam di media sosial, ikuti beliau di laman sosial instagram dan twitter @nasuharsl .

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.