Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan kebolehan untuk memiliki tujuan dan impian yang ingin direalisasikan olehnya. Maka, setiap manusia memiliki tujuan mereka yang tersendiri berbeza antara satu sama lain. 

Terdapat dua faktor yang menjadikan tujuan hidup setiap manusia itu berbeza-beza. Pertama, setiap manusia mempunyai kecenderungan kepada perkara yang berbeza maka sudah tentu tujuannya juga berbeza, dan yang kedua adalah keadaan setiap manusia yang berbeza juga menjadi faktor berbezanya tujuan hidupnya itu.

Seseorang yang baik adalah apabila kecenderungannya itu adalah kepada perkara-perkara yang baik secara berterusan seperti sentiasa bersedekah, atau sentiasa membantu orang yang memerlukan dan selainnya dari perkara-perkara yang baik maka beliau adalah individu yang memiliki akhlak yang baik. Maka, akhlak itu adalah kecenderungan kepada sesuatu perkara sama ada baik mahupun buruk secara berterusan.

Perlu juga diketahui bahawa sesuatu kecenderungan kepada sesuatu itu hanya menjadi suatu akhlak adalah hanya apabila ia berterusan kepada sesuatu perkara tersebut. Jika kecenderungan ini tidak berlaku secara berterusan contohnya suatu ketika seseorang itu ingin bersedekah apabila melihat orang yang kesusahan dan pada satu ketika yang lain keinginan dan kecenderungan itu tiada walaupun beliau melihat ada orang yang berada dalam kesusahan didepan matanya maka orang ini tidaklah berakhlak tetapi orang yang bercelaru.

Kaitan antara tabiat dan akhlak.

Seperti yang kita fahami dari makna akhlak ini yang mana akhlak merupakan sifat nafsiyah iaitu satu keadaan yang kekal dan kuat yang terdapat dalam jiwa manusia dan bukanlah sesuatu yang bersifat luaran atau perbuatan. 

Apabila ia begitu maka perlu kepada sesuatu yang boleh menzahirkan sifat dalaman itu supaya semua orang boleh melihat akan akhlaknya sama ada baik atau buruk. Maka dengan itu, tabiat adalah segala perbuatan yang cenderung untuk dizahirkan menjadi satu perbuatan atau amalan. Oleh itu, seseorang yang menzahirkan tabiat yang baik menjadi tanda bahawa beliau mempunyai akhlak yang baik. Hal ini disebutkan oleh Prof Muhammad Yusuf Musa dalam kitabnya berjudul (Mabahis fi falsafah al-akhlak):

“نحن نستدل من السلوك المستمر لشخص ما على خلقه فالسلوك دليل الخلق ورمز له وعنوان عليه.”

Maksudnya: Kami menjadikan sesiapa yang mempunyai tabiat yang berterusan itu sebagai bukti keatas akhlaknya maka tabiat adalah dalil dan tanda kepada akhlak.

Akan tetapi perlu diketahui juga bahawa tabiat ini bukan satu-satunya cara untuk kita menentukan akhlak seseorang itu; kerana terdapat satu perkara yang menjadi penghalang kepada tabiat tersebut terzahir seperti faktor keadaan yang tertentu yang dihadapi oleh seseorang itu sakit, miskin dan sebagainya.

Terkadang seseorang itu mempunyai akhlak yang mulia didalam dirinya seperti keinginan untuk bersedekah akan tetapi tidak mampu menzahirkannya kerana kemiskinan, begitu juga keadaan seseorang yang mempunyai keberanian untuk berperang tetapi tidak mampu kerana mempunyai penyakit yang teruk sehingga tidak boleh menyertai peperangan. Pada situasi yang pertama tidak boleh kita katakan padanya itu sebagai kedekut dan tidak juga boleh kita sifatkan pada keadaan yang kedua dengan sifat penakut kerana adanya penghalang untuk menzahirkan tabiat yang diinginkannya itu.

Rujukan:

  1. Muqaddimah fi ilmi al-akhlak: Dr Hamdy Zaqzuq
  2. Mabahis fi falsafah al-akhlak: Prof Muhammad Yusuf Musa

Disediakan oleh: Thaqif Iman


Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.