Ramai menyangka bahawa membaca buku-buku berbentuk topik agama adalah satu bacaan yang sukar dan berat. Kemudian membuat otak ligat berfikir dan penghujungnya menemui titik kebosanan. Persoalannya, Benar atau salahkah tanggapan ini ? Para pembaca yang disegani sekalian, genre bacaan kebiasaan bergantung mengikut hobi dan minat terhadap jenis buku yang dibaca. Ia adalah pilihan. Ada yang suka baca buku komik atau sastera. Ada pula hanya minat membaca buku-buku perbincangan agama dan tidak semestinya buku bahasa Arab penuh.

Bagi penulis pula, buku-buku berkaitan agama adalah buku kegemaran sejak pertama melangkah ke dunia bacaan, juga antara jenis bacaan pertama dalam senarai yang penulis suka hadam. Berikut 5 cara daripada penulis bagaimana mudah memahami buku-buku berkaitan agama.

1.Buku-buku berkaitan agama mengandungi banyak mutiara hikmah.

Bagi penulis, buku seperti ini memberi banyak pengajaran dan ibrah. Contoh buku yang sesuai difahami oleh masyarakat kita karya Ustaz Syaari Ab Rahman. Beliau menuliskan beberapa buku agama yang memetik pelbagai pengajaran terhadap ayat-ayat Al-Qur’an. Salah satunya, judul buku Menggapai Bintang, menceritakan ibrah kisah-kisah dalam Al-Qur’an. Jadi ini, sebab mengapa buku-buku agama menjadi pilihan. Buku berkaitan agama banyak menyuntik hati manusia dan ditemui ketenangan di dalamnya. 

2. Memilih tajuk yang ringan.

Penulis pilih dan baca buku-buku agama yang ringan dan mudah difahami seperti buku-buku motivasi dan nasihat. Contohnya buku Keperibadian Seorang Muslimah Dari Al-Qur’an dan Al-Sunnah, edisi terjemahan karangan ulama’ Syria Syaikh Dr. Muhammad Ali Al-Hasyimi. Walaupun ia agak tebal tetapi isinya ringan kerana memuatkan nasihat-nasihat khusus buat wanita yang mencintai agamanya.

3. Ada rujukan dirumah.

Memiliki sekurang-kurangnya satu buku rujukan sebagai panduan dan semakkan pada persoalan yang timbul. Contohnya, kitab-kitab Induk seperti Shahih Bukhari & Muslim atau Kitab Berkaitan Fiqh Kewanitaan. Kekangan masa dan tempat bertanya membolehkan kita memilih untuk membuka buku-buku tersebut untuk rujukan buat sementara waktu. Para ulama seperti Syaikh Shalih al-Munajjid justeru mengingatkan bahawa setiap keluarga muslim perlu ada kitab-kitab rujukan dirumah seperti tafsir, akidah, hadith, fiqh dan lain-lain.

4. Dapat membezakan antara shahih dan tidak shahih.

Ada buku agama yang khusus menghimpunkan hadith-hadith yang tidak shahih untuk diberi penilaian. Selain berguru, buku yang ditulis oleh pihak berautoriti juga dapat membantu pembaca mengetahui hadith-hadith yang pincang sanadnya. Contoh buku yang penulis ada, 40 Hadis Palsu Popular karya Abdul Razak Abdul Muthalib.

5. Ada guru.

Tidak dinafikan, selepas membaca penulis menemukan banyak tanda tanya yang membelenggu kotak fikiran. Walaupun cuma membaca buku, kita juga memerlukan guru bimbingan untuk memandu bacaan dengan selamat. Buku-buku agama banyak menimbulkan kemusykilan dan adakala dapat diatasi apabila kita bertanya pada yang lebih alim. Oleh sebab itu,  jangan terlalu bermudah-mudahan hadap buku-buku agama ikut kefahaman sendiri. Jikalau ada muka surat yang dicurigai, cuba bertanya pada yang ahli.

Senarai Ulama’ Yang Banyak Membaca (dinukil dari karya Gila Baca Ala Ulama, Syaikh Ali-Muhammad bin Al-Imran) :

  1. Al-Izz bin Abdussalam (wafat 660H) membaca kitab Nihayah Al-Mathlab dalam masa 3 hari.
  2. Ibnu Al-Abbar (wafat 658H) khatam Shahih Muslim 6 hari.
  3. Al-Hafizh Syamsuddin Adz-Zahabi (wafat 748H) membaca Sirah Ibn Hisyam 6 hari.
  4. Sirajuddin Ibnul Mulaqqin (Wafat 804H) membaca 2 jilid kitab Al-Ahkam dalam sehari.
  5. Sirajuddin Al-Bulqini (wafat 805H) membaca satu kitab fikih dalam sehari.

Imam Al-Muzani membaca kitab Ar-Risalah milik gurunya Imam Asy-Syafi’i sebanyak 500 kali. Kitab utama yang membincangkan perihal usul fiqh. Bayangkan kitab yang berat dibaca berulang-ulang kali kerana kelazatan terhadap isi kandungannya. Bayangkan ketekunan mereka menghabiskan masa membaca dalam waktu yang singkat. Lebih tebal, padat dan mencabar.

Menjadi orang yang gemar membaca buku-buku agama tidaklah sesukar yang mana. Senang dan menghiburkan jika kita tahu tujuan dan matlamat utama kita membaca. Mendalami ilmu agama dengan banyak mengkaji dan membaca buku adalah tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai muslim. 

Orang yang membaca mengenai ilmu-ilmu berkaitan agama yang dianutinya akan lebih banyak mengetahui hukum dan mengamalkannya untuk keselamatan di hari akhirat kelak.

Oleh kerana itulah, kita harus menyedari akan kepentingan buku-buku bertemakan agama.

Walau bagaimana pun, membaca buku apa sekali pun termasuk perbuatan mulia dan bermanfaat sekiranya buku-buku tersebut bukan mengajak ke arah kemungkaran dan kemaksiatan. Namun, lagi bermanfaat jika setiap insan tekun mempelajari agamanya dengan berusaha membaca buku-buku agama.

Kata Professor Dr. Syaikh Shalih ‘Abdil ‘Aziz Sindi,

“Genggamlah buku tersebut dalam keadaan anda berlapang dada. Jadikan diri Anda bersemangat untuk mengambil manfaatnya. Karena ia bagaikan makanan ilmiah yang akan  memberi nutrisi kepada hati dan ruh anda. Maka, makanlah dengan selera, hasrat dan ghairah, sampai anda berhasil meraih faidah yang sangat berharga”.

11 Cara Efektif Dalam Menuntut Ilmu, hal.30 [Karya Asal : Kayfiyatu Tadwin al-‘ilm wa Hifzhil Fawa’id (Cara Mencatat Ilmu dan Menghafal Faidah)]. Al-Wasathiyah al I’tidal Digital Publishing 2017. Professor Dr. Syaikh Shalih ‘Abdil ‘Aziz Sindi.

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.