Home Artikel Dunia Buku 5 Tips Berjimat untuk 'Ulat Buku'

5 Tips Berjimat untuk ‘Ulat Buku’

“Saya suka sangat baca buku, tapi duit takde”

“Buku-buku sekarang ni memang mahal, dasar cekik darah!”

“Kau kaya, bolehlah selalu beli buku”

Kebanyakan ‘Ulat Buku’ mengalami masalah duit ‘kong’ atau poket koyak, lebih-lebih lagi pada akhir bulan (sebelum gaji masuk) dan pada penghujung semester bagi mahasiswa (duit PTPTN dan biasiswa sudah habis).

Pepatah ‘Jauh berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan’ memberi makna tabiat membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Malah, membaca adalah satu elemen yang penting untuk membina negara yang aman dan maju.

Di sini, saya akan kongsikan 5 tips jimat duit sebagai pembaca tegar.

  1. Meminjam buku dari perpustakaan.

Setiap bandar pasti mempunyai perpustakaan awamnya sendiri, sama ada perpustakaan mini, bergerak dan banyak jenis lagi. Meminjam buku dari perpustakaan adalah percuma. Akan tetapi, tempoh pinjaman adalah terhad. Jika tidak dapat memulangkan dalam masa yang ditetapkan, maka akan dikenakan denda. Jangan risau! denda yang dikenakan tidaklah terlalu mahal, biasanya dalam lingkungan 50 sen – RM1 per hari. Tempoh pinjaman yang terhad itu juga sebenarnya membantu kita secara tidak langsung menyelesaikan baca dengan displin dan segera bukan?

  1. Baca melalui E-book

E-book merupakan buku yang dibaca melalui media elektronik seperti telefon pintar, Ipad dan komputer riba. Ia adalah lebih murah berbanding buku fizikal.

  1. Borong di Pesta Buku

Saban tahun, pasti diadakan pesta buku. Buat senarai buku yang ingin dibaca lalu, belilah buku-buku tersebut di pesta buku. Borong, beli banyak-banyak. Pasti murah kaw-kaw. Jadikanlah buku-buku tersebut sebagai bacaan tahunan anda. Ingat! Jangan beli sebarang buku lagi setelah itu, tunggulah pesta buku tahun hadapannya. Hehe.

  1. Beli buku secondhand atau preloved

Kebiasaannya, buku yang tidak dicetak lagi akan dijual preloved. Buku seperti ini sangat banyak dijual secara online. Walaupun kualiti buku agak kurang kerana telah digunakan orang lain, tetapi sangat berpatutan dengan harganya.

  1. Book Exchange

Book Exchange juga dikenali sebagai book swapping. Istilah baru untuk pertukaran buku suka sama suka. Kebanyakan dilakukan di kalangan orang muda sesama rakan-rakan mereka yang mempunyai minat yang sama. Ada juga yang melakukannya di tapak lapang.

Akhir kata, semoga tips yang saya kongsikan berguna. Selamat mencuba!

Oleh : Alia Hazha

 

Cuma inilah biasanya tingkah laku 'Ulat Buku'. 🙂
Share:

You may also like

Leave a Reply

Copy link