1. Risalah Malaysia Membaca 

Buku yang masih hangat di pasaran. Baru sahaja dikeluarkan sempena PBAKL 2019 yang lalu. Buku ini yang bukan sahaja akan memperkenalkan kepada kita bagaimana penulis-penulis ini mempunyai kecintaan terhadap aktiviti membaca, bahkan mereka turut berkongsi tentang 10 buah buku yang meninggalkan kesan kepada kehidupan mereka.

Risalah #Malaysia Membaca
Risalah Malaysia Membaca

2. Spiritual Reading

Faktor utama saya membeli buku ini adalah disebabkan penulisnya iaitu Dr Raghib As-Sirjani. Kisah cucu Abduttawwab yang menetap di Kanada sangat meninggalkan kesan. Anak kecil itu lebih rela memilih buku sebagai hadiah sedangkan sepupu-sepupunya yang lain memilih kuih manis.

Spiritual Reading by Raghib As-Sirjani
Spiritual Reading

3. Ada Apa Dengan Buku

Buku yang menceritakan tentang Kampung Buku di Langkawi, sejarah kehebatan bangsa Jepun dengan membaca dan juga kesetiaan Hillary Rodham Clinton. Tiga kisah ini antara yang menarik di dalam naskhah ini.

Buy Ada Apa Dengan Buku. | SeeTracker Malaysia

4. Gila Baca Ala Ulama

Buku yang nipis, tetapi saya memperuntukkan masa yang agak lama untuk menghabiskannya. Hal ini disebabkan kerana isi-isinya sangat berilmiah, ia menjadikan masa pembacaan menjadi lebih panjang. Ketekunan dan disiplin yang dimiliki oleh para ilmuwan ini sangat mengharukan hati.

GILA BACA ALA ULAMA (PUSTAKA ARAFAH - AA) | Shopee Malaysia

5. Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi

Penulisnya seorang anak muda. Namun, di sebalik usia muda tersebut, penulis sangat aktif dalam aktiviti pembukuan. Sewajarnya kita membeli buku ini dan hadiahkannya kepada keluarga dan rakan supaya lebih ramai lagi pemuda seperti ini dilahirkan.

Klik gambar untuk beli buku ini!

6. Kertas-Kertas Yang Merubah Fikir

Saya mengharapkan Goodreads Malaysia akan menghasilkan lagi buku yang menginspirasikan ini pada masa akan datang. Bayangkan, kebanyakan penulis ini datang dari keluarga yang agak susah. Namun,dengan kesedaran yang ada pada ibu bapa telah membolehkan penulis-penulis ini menjadi individu-individu yang sangat mencintai buku.

Kertas-Kewrtas Yang Merubah Fikir

7. Kuasa Iqra

Buku tulisan SS Dato Mufti. Antara perkara yang menjadikan buku ini sangat terkesan di hati adalah pada bab ketujuh. Bab yang mengandungi mutiara kata dari para ilmuwan tentang membaca dan kepentingan ilmu.

✓ KUASA IQRA' : MENGUASAI DUNIA, MENIKMATI AKHIRAT - DR ZULKIFLI MOHD  AL-BAKRI | Shopee Malaysia

8. Perpustakaan Dalam Islam

Syeikh Ali Tantawi wajar dijadikan sebagai inspirasi buat kita. Beliau sentiasa memastikan dirinya membaca sekurang-kurangnya 100 muka surat dalam sehari. Beliau juga membaca semua genre buku tanpa prejudis.

PERPUSTAKAAN DALAM ISLAM (Dr Zulkifli al-Bakri) | Shopee Malaysia

9. Rumah Kertas

Watak utamanya bernama Carlos Braeur, seorang penggila buku. Pesanan daripada saya, janganlah kita menjadi sepertinya walaupun dia merupakan seorang bibliofil. Nak tahu kenapa? Beli dan kaji sendiri watak ini. Sangat luar biasa ☺️.

Rumah Kertas – Marjin Kiri Publisher

10. Biblioholisme: Menelusuri Pesona Buku dan Pencintanya

Pada zaman perhambaan di Amerika, golongan kulit hitam dilarang untuk menggunakan perpustakaan. Betapa suatu ketika dulu untuk mendapatkan pengetahuan dan ilmu itu bukan sedikit harga yang perlu dibayar.

Biblioholisme: Menelusuri Pesona Dunia Buku dan Pencintanya

11. Pesona Pencinta Buku

Mengikut A Samad Said, jika kita ketandusan idea untuk menulis, maka mengembaralah. Nescaya idea dan ilham akan mengalir hasil dari pengembaraan tersebut.

Pesona Pencinta Buku by bukuonline.org | Goodreads

12. Penghancuran Buku Dari Masa Ke Masa

Buku ini menceritakan secara terperinci tentang penghancuran buku yang berlaku sejak bermulanya tamadun manusia hinggalah ke zaman moden ini. Menurut Heinrich Heini,”di manapun mereka membakar buku, pada akhirnya mereka akan membakar manusia.”

Penghancuran Buku: Dari Masa ke Masa – Marjin Kiri Publisher

13. The Magic Library 

Buku ini tulis Jostein Gaarder. Dalam buku ini,saya memperoleh pengetahuan tentang sistem pengelasan Dewey, iaitu satu sistem pengelasan buku-buku di perpustakaan yang diperkenalkan oleh Melvill Dewey.

Mizan) The Magic Library - Jostein Gaarder-Klaus Hagerup | Shopee Malaysia

14. Ulasan Buku

Buku ini memberi panduan bagaimana hendak mengulas dan mengupas sesebuah buku dengan baik. Beli dan hadiahkan kepada anak-anak anda!

ITBM — Ulasan Buku

15. Keanehan dan Keunggulan Buku

Dalam buku ini, saya diperkenalkan dengan istilah Bibliokas. Jangan terkejut jika individu yang digelar dengan nama ini merupakan individu-individu yang hebat seperti Mary Shelley, penulis buku Frankenstein. Buku ini juga saya baca sempena Hari Buku Sedunia pada tahun 2017.

Keanehan dan Keunggulan Buku by Shaharom T.M. Sulaiman

Senarai buku-buku ini dibuat sempena Hari Buku Sedunia yang disambut pada 23 April tempoh hari. Jika anda juga mempunyai koleksi buku tentang buku anda, marilah kongsikan bersama!

Oleh: Pembeli Buku

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.