Al-Qur’an merupakan wahyu dan kitab suci yang Allah subhanahu wa ta’ala turunkan kepada Nabi Muhammad Shallahu ‘alaihi wa sallam serta menjadi kitab rujukan utama dan panduan hidup umat islam.

Kandungan Al-Qur’an mencakupi pelbagai keistimewaan dan bukan sekadar meliputi kata-kata Allah atau firmanNya kepada manusia seperti yang kita maklum secara asasnya. 

Namun, Al-Qur’an memaparkan banyak cerita benar ataupun peristiwa berkait sejak dahulu kala untuk diteladani oleh semua manusia.

Keindahan gaya bahasa dalam Al-Qur’an adalah kerana laras bahasa arab yang menghiasi setiap susunan huruf-hurufnya hingga mampu menjelaskan makna atau definisi secara tepat.

Antara keistimewaan kitab suci Al-Qur’an termasuklah :

1- Isi kandungan Al-Qur’an tidak berubah.

Kitab Taurat ataupun Injil banyak ditokok tambah dan diselewengkan makna asalnya.  Berbeza seperti Al-Qur’an terjaga rapi dan terpelihara dari unsur-unsur kejahatan tangan manusia.

2-Mengandungi perintah Allah

Mengandungi hukum-hakam, perintah dan ayat suruhan seperti menutup aurat dan larangan makan dan minum yang haram seperti khamar dan khinzir. 

3- Kisah orang-orang shalih.

Kisah 7 pemuda beserta seekor anjing bersembunyi dalam gua selama 309 tahun lamanya kerana melarikan diri dari raja yang kejam diabadikan dalam Surah Al-Khafi. Mereka orang-orang yang shalih terselamat dari pemerintahan yang zalim.

4- Cerita orang-orang yang ingkar.

Misalnya, kisah kaum nelayan dilarang menangkap ikan pada hari sabtu kerana hari tersebut hari ibadat kepada Allah. Mereka ingkar hingga Allah mengubah mereka menjadi kera. Peristiwa ini berada dalam Surah Al-A’raf ayat 166.

5- Kaum yang diazab.

Kaum Sodom pengikut Nabi Luth antara kaum yang diazab dengan diterbalikkan negeri kerana hubungan sumbang yang mengamalkan LGBT. Hatta terdapat banyak lagi kisah kaum yang ingkar dicatatkan dalam Al-Qur’an sebagai pengajaran.

6- Surah-surah khusus untuk sebuah kisah.

Al-Qur’an merekodkan surah-surah khas khusus menceritakan riwayat atau perjuangan para Nabi seperti Nabi Yusuf AS dalam Surah Yusuf dan kisah Nabi Nuh AS dalam Surah Nuh.

Selain para Anbiya adanya kisah wanita beriman seperti ibu Nabi Isa AS, Maryam dirakamkan di dalam Surah Maryam.

7- Kisah-kisah ghaib.

Jin termasuk makhluk Allah yang disebutkan di dalam Surah al-Jin. Manusia tidak dapat melihat jin namun wajib meyakini kewujudan ciptaan Allah yang hidup di alam ghaib.

8- Pelajaran daripada kisah haiwan.

Labah-labah antara haiwan yang disebutkan dalam Surah Al-Ankabut ayat 41. Allah mengumpamakan penyembah-penyembah berhala yang menyembah selain kepadaNya seperti labah-labah yang membuat rumah untuk berlindung.

Hakikat tempat perlindungan tersebut sangatlah lemah dan mudah roboh. Terdapat banyak lagi kisah-kisah haiwan dinukilkan untuk diambil ibrah.

9- Ganjaran pahala berlipat ganda pada yang membaca Al-Qur’an.

Dikhabarkan dalam sebuah hadith mengenai ganjaran orang-orang yang membaca Al-Qu’ran bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

 

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ 

“Barangsiapa membaca satu huruf dari kitabullah, baginya satu kebaikan. Satu kebaikan akan dilipat gandakan sepuluh. Aku tidak mengatakan ‘alif laam miim’ itu satu huruf, akan tetapi, Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.”

[Sunan Tirmidzi no. 2915. Dinilai Hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Sunan Tirmidzi no. 2915]

 

10- Syafa’at pada hari kiamat.

Syafa’at bermaksud pertolongan. Orang yang membaca Al-Qur’an akan diberikan syafa’at pada hari kiamat kelak.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

 

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ .

“Rajinlah membaca al-Quran, kerana dia akan menjadi syafa’at bagi penghafalnya di hari kiamat.” [Shahih Muslim no. 804]

 

11- Penawar bagi manusia.

Al-Qur’an adalah rawatan dan ubat bagi manusia. Dalam riwayat Bukhari dan Muslim mengisahkan bahawa sebahagian para sahabat mendatangi sebuah kampung. Salah seorang daripada mereka membacakan Al-Fatihah pada ketua kampung yang telah disengat binatang dan akhirnya sembuh atas izin Allah.

Jelas terbukti bahawa Al-Qur’an menjadi sumber penyembuhan.

Firman Allah subhanahu wa ta’ala : 

 

وَنُنزلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِين .

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

[Surah Al-Israa’ : 82]

 

12- Benteng dan pendinding diri di rumah.

Al-Qur’an meletakkan kaifiat dan kelebihan pada surah-surah tertentu. Sebagai contoh, surah Al-Baqarah jika dibaca mampu menjauhi dan mengusir syaitan di dalam rumah. Dalilnya :

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

 

لَاتَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ .

“Janganlah kamu menjadikan rumah-rumah kamu perkuburan, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al-Baqarah.”

[Shahih Muslim no. 780]

 

Kitab suci Al-Qur’an pelengkap kepada kitab-kitab sebelumnya malah jauh dari cacat cela dan serba kekurangan. Ini membuktikan ramai di kalangan para huffaz berjaya menghafalnya kerana Allah menjamin kelengkapannya.

Al-Qur’an mengatur kehidupan kaum muslim dalam proses beribadah kepadaNya.

Sebagai orang-orang beriman yang mengakui akan mukjizat kalamullah, kita hendaklah merenungi dan menghayati setiap ayat baik berupa ancaman dan tarbiah. Pengertiannya dapat ditadabburkan, difahami dan kemudian diaplikasikan dalam kehidupan.

Kesimpulannya, Al-Qur’an mempunyai kehebatan agung dalam membangkit semula ketamadunan manusia. Keistimewannya dapat membimbing ke arah kebenaran dan mematikan kefahaman jahiliyyah.

 

Disediakan oleh,

SYUHARA SURIATI 


Hantar karya anda di emel [email protected].

Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.